Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekolah tahfiz di Perak dikenakan tindakan undang-undang jika gagal piawai keselamatan

Pengusaha-pengusaha tahfiz di Perak bakal berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya mereka gagal mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bermula tahun hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah tahfiz di Perak dikenakan tindakan undang-undang jika gagal piawai keselamatan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Nov 2019 04:38PM Dikemas Kini : 15 Nov 2019 04:42PM

IPOH: Pengusaha-pengusaha tahfiz di Perak bakal berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya mereka gagal mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Asmuni Awi berkata moratorium akan diberikan sehingga Jun tahun hadapan sebelum penilaian lanjut dilakukan bagi menentukan tindakan undang-undang terhadap pihak yang gagal mematuhi aspek keselamatan.

"Dalam hubungan ini, kerajaan buat sementara waktu tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengusaha tahfiz yang gagal mematuhi aspek keselamatan tetapi akan terus memberi tunjuk ajar dan nasihat supaya mereka mematuhi dengan ciri keselamatan seperti ditetapkan dalam peraturan,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Jumaat (15 Nov).

Encik Asmuni (PH-Manjoi) berkata demikian semasa menjawab soalan Ng Shy Ching (PH-Teja) yang ingin tahu bagaimana Kerajaan Negeri memastikan keselamatan bangunan sekolah tahfiz bagi menangani isu ketidakpatuhan terhadap aspek keselamatan yang ditetapkan oleh pihak bomba.

Terdapat 82 sekolah tahfiz di seluruh Perak iaitu lima sekolah menengah tahfiz milik kerajaan dan 77 lagi dimiliki oleh pihak swasta atau persendirian.

“Pihak kerajaan telah mengadakan satu ‘Town Hall Talk’ di Institut Tadbiran Islam di mana semua pengusaha Mahaad Tahfiz telah dipanggil untuk satu perbincangan berhubung isu keselamatan. Rumusan daripada perbincangan ini menetapkan bahawa mereka sensitif dan mengambil pengiktirafan isu keselamatan bagi mahaad tahfiz," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan