Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekolah-sekolah di Kuantan wajibkan solat berjemaah sebelum pulang

Semua sekolah di daerah Kuantan wajib menganjurkan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah dalam usaha memperkukuhkan ketahanan diri mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah-sekolah di Kuantan wajibkan solat berjemaah sebelum pulang

Sebuah sekolah di Kuantan. (Gambar: Shahar Abdullah/ Facebook)

Diterbitkan : 30 Nov 2017 08:47AM Dikemas Kini : 30 Nov 2017 08:51AM

KUANTAN: Semua sekolah di daerah Kuantan wajib menganjurkan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah dalam usaha memperkukuhkan ketahanan diri mereka.

Pegawai Pendidikan Daerah Mohd Razali Mustafar berkata sembahyang antara salah satu pengisian utama pihaknya membina nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah khususnya murid-murid agar dapat mencegah mereka daripada melakukan perkara negatif ketika berdepan dengan dunia yang kian mencabar.

"Demi kecemerlangan murid-murid kita meletakkan lima fokus utama iaitu pembinaan moral, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, pemimpin pertengahan (guru) dan bijak sifir.

"Untuk itu setiap sekolah menganjurkan solat berjemaah di kawasan sekolah dan untuk itu (solat) jangan sempitkan pemikiran untuk membina surau baharu atau besarkan.

"Asalkan tepat kiblat, solat berkenaan boleh diadakan di dewan atau tempat yang bersesuaian," kata Encik Razali ketika merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Goh.

Encik Razali menambah berikutan program itu, beliau menyasarkan kira-kira 10 peratus daripada murid lelaki beragama Islam boleh menjadi pemimpin dalam masyarakat; boleh membaca al-Quran dengan baik, menjadi imam, membaca doa selamat dan tahlil.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan