Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekolah perubatan Tokyo akui keputusan peperiksaan diubah, kekang calon tertentu

Universiti Perubatan Tokyo menyatakan bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan beberapa langkah bagi membantu mereka yang gagal dalam peperiksaan akibat potongan markah secara tidak jujur, dengan menggunakan kamera pemantau.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah perubatan Tokyo akui keputusan peperiksaan diubah, kekang calon tertentu

Encik Keisuke Miyazawa (kanan). (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 06:06PM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 11:27PM

TOKYO: Sebuah universiti perubatan di Tokyo mengakui pada hari Selasa (7 Ogos) amalannya mengurangkan markah peperiksaan bagi mengawal jumlah kemasukan penuntut perempuan dan lelaki yang gagal peperiksaan berkali-kali, sambil berjanji untuk "menamatkan" perubahan markah yang dilakukan sejak sekurang-kurangnya 12 tahun yang lalu.

Universiti Perubatan Tokyo menyatakan bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan beberapa langkah bagi membantu mereka yang gagal dalam peperiksaan akibat potongan markah secara tidak jujur, dengan menggunakan kamera pemantau.

Encik Keisuke Miyazawa, pemangku presiden universiti itu berkata di satu sidang akhbar bahawa beliau berhasrat untuk membincangkan dengan pemerintah kemungkinan menerima semula para pemohon yang ditolak, sekiranya mereka dikenal pasti.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Yoshimasa Hayashi berkata kementeriannya akan menjalankan tinjauan yang menyasarkan semua kolej dan universiti yang mempunyai jabatan perubatan untuk memastikan keadilan dalam ujian kemasukan mereka.

Potongan markah yang bermula sejak tahun 2006 atau lebih awal itu, "tidak lain adalah diskriminasi terhadap wanita," kata salah seorang peguam di satu sidang media yang berasingan pada awal hari sementara mereka mendedahkan hasil penyelidikan dalaman berhubung kemasukan ke universiti dengan cara tidak sah.

Amalan memotong markah calon wanita dijalankan untuk mengelakkan kekurangan doktor di hospital, kerana kolej perubatan itu percaya bahawa doktor wanita lebih cenderung meletak jawatan atau mengambil cuti panjang selepas berkahwin atau bersalin. Ini menurut sumber-sumber mengikuti perkembangan tersebut.

Pihak universiti juga tidak bersedia menerima pemohon lelaki yang sudah gagal beberapa kali kerana mereka juga cenderung gagal ujian nasional untuk pengamal perubatan, yang akan menurunkan nisbah pemohon yang berjaya di universiti dan menjejas reputasinya, menurut beberapa sumber.

Beberapa pegawai universiti yang bertanggungjawab ke atas uijan kemasukan dipercayai menggunakan manual yang menerangkan cara tertentu untuk memanipulasi markah untuk menyesuaikan kemasukan.

Penipuan markah diarahkan oleh Usui dan diketahui hanya Suzuki dan seorang lagi pegawai universiti tinggi lain, dengan matlamat memastikan nisbah wanita yang belajar di universiti sekitar 30 peratus dan pemohon-pemohon tertentu sahaja yang lulus peperiksaan.

Amalan tersebut didedahkan semasa satu siasatan dalaman menyusuli skandal rasuah yang melibatkan pihak pegawai tinggi universiti dan seorang pegawai kementerian pendidikan kanan.

Markah enam pemohon termasuk anak lelaki Encik Futoshi Sano, 59 tahun, mantan pegawai kanan kementerian pendidikan ditambah sehingga 49 mata dalam ujian utama tahun ini daripada markah maksimum 400, menurut beberapa sumber.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan