Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekitar 62 juta rakyat Filipina keluar mengundi hari ini

Hampir 62 juta rakyat Filipina keluar mengundi dalam pilihan raya separuh penggal dan Kongres negara itu hari ini (13 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 May 2019 07:19PM Dikemas Kini : 13 May 2019 08:40PM

MANILA: Hampir 62 juta rakyat Filipina keluar mengundi dalam pilihan raya separuh penggal dan Kongres negara itu hari ini (13 Mei).

Lebih 43,000 calon bertanding untuk merebut 18,000 jawatan dewan kongres dan pentadbiran tempatan.

Presiden Rodrigo Duterte tidak bertanding.

Namun, pilihan raya tersebut dianggap kayu pengukur sejauh mana rakyat Filipina menerima dasar-dasar pemerintahnya, termasuk usaha memerangi dadah yang mencetuskan tengkarah.

Tinjauan pendapat menunjukkan sekutu-sekutunya diramal dapat menawan Senat dan mengekalkan kuasa dalam Dewan Perwakilan.

Menjelang hari mengundi, berpuluh-puluh orang ditangkap berkaitan skandal membeli undi.

Mereka termasuk calon datuk bandar Quezon City, yang bertanding di bawah parti Presiden Duterte.

Sumber : AFP/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan