Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekitar 100 maut di Papua akibat penyakit campak

Wabak penyakit campak menyebabkan kira-kira 100 orang mati di wilayah Papua, Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jan 2018 07:25PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 12:07AM

PAPUA: Wabak penyakit campak menyebabkan kira-kira 100 orang mati di wilayah Papua, Indonesia.

Mereka termasuk 69 kanak-kanak kecil di wilayah pedalaman Asmat.

Pihak berkuasa menyatakan mangsa-mangsa yang lain termasuk penduduk daerah Oksibil.

Kanak-kanak dilaporkan mati akibat kekurangan zat makanan dan terlalu lemah untuk melawan jangkitan penyakit campak.

Pasukan-pasukan perubatan dan tentera dikerah ke kawasan-kawasan terjejas bagi membendung penularan penyakit tersebut.

Kes jangkitan pertama dikesan pada September lalu tetapi pasukan perubatan menghadapi kesukaran sampai ke daerah-daerah pedalaman untuk memberikan suntikan vaksin.

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan