Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekilas statistik menarik tentang ibadah haji

Ibadah haji yang bermula di tapak-tapak suci umat Islam di Arab Saudi pada Ahad (19 Ogos) merupakan antara himpunan tahunan terbesar di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekilas statistik menarik tentang ibadah haji

Masjidil Haram di Makkah. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 22 Aug 2018 12:30PM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 12:33PM

MAKKAH: Ibadah haji yang bermula di tapak-tapak suci umat Islam di Arab Saudi pada Ahad (19 Ogos) merupakan antara himpunan tahunan terbesar di dunia.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang ibadah haji tahun ini:

  • Lebih 2.37 juta jemaah menunaikan ibadah haji tahun ini menurut perangkaan rasmi, berbanding 1.86 juta pada 2016 dan hanya 24,000 pada tahun 1941.
  • Beribu-ribu pegawai keselamatan dikerahkan, termasuk 18,000 kakitangan pertahanan awam bagi membantu menjaga keselamatan para jemaah, menurut pihak berkuasa. Di samping itu, beribu-ribu kamera juga dipasang di sepanjang jalan di mana para jemaah menunaikan ibadah haji.
  • Setiap jam, para pegawai menganggarkan purata 107,000 jemaah mengelilingi Kaabah di tengah Masjidil Haram, di mana umat Islam menghadap kiblat.
  • 25 hospital, 180 ambulans dan lebih 30,000 pegawai kesihatan bersiap sedia untuk berkhidmat sekiranya sebarang kecemasan berlaku.
  • Berpuluh ribu khemah yang dilengkapi dengan penyaman udara dibangunkan bagi para jemaah sedang suhu cuaca mencecah 44 darjah Selsius.
  • Sekitar 14,000 penerbangan antarabangsa dan domestik membawa para jemaah ke Tanah Suci. Sekitar 21,000 bas pula disediakan bagi memudahkan perjalanan para jemaah ke Makkah.
  • 16,000 menara telekomunikasi dan 3,000 zon WiFi disediakan bagi para jemaah haji, menurut kementerian haji dan umrah Saudi. 
  • Arab Saudi menyatakan bahawa ia merancang untuk mengagihkan lapan juta naskhah kitab al-Quran yang diterjemahkan dalam beberapa bahasa kepada para jemaah. Kitab-kitab agama lain juga akan diagihkan.
  • Kerajaan Saudi berharap untuk menyambut 30 juta jemaah setiap tahun menjelang 2030 termasuk mereka yang menunaikan ibadah umrah.
  • Sekitar 54 juta jemaah sudah menunaikan haji sepanjang tempoh 25 tahun lalu, menurut perangkaan rasmi. 
Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan