Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SEKILAS DUNIA PERUBATAN: Apa kaitan semput semasa hamil dan risiko kemurungan postpartum?

Berikut ini dibawakan sekilas perkembangan dunia perubatan di sana sini.

Anggaran Waktu Membaca:
SEKILAS DUNIA PERUBATAN: Apa kaitan semput semasa hamil dan risiko kemurungan postpartum?

Gambar hiasan wanita hamil. (Gambar: AFP/Loic Venance)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 11:13PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 11:39PM

BERITAmediacorp: Berikut ini dibawakan sekilas perkembangan dunia perubatan di sana sini:

1. Kelahiran menerusi pembedahan caesar meningkat lebih 20% di seluruh dunia

Kadar kelahiran menerusi pembedahan caesar (caesarian) meningkat hampir seganda antara 2000 dengan 2015 - iaitu daripada 12 peratus menjadi 21 peratus di seluruh dunia.

Demikian menurut satu kajian terbaru. Ia lazimnya dilakukan untuk menyelamatkan nyawa, namun ramai wanita di negara-negara miskin sementara itu tidak dapat memanfaatkannya. Sebaliknya, ia terlalu banyak digunakan di negara-negara maju.

Kajian tersebut, yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet pada Khamis (11 Okt) menyatakan bahawa, ia mendapati 60 peratus negara terlalu banyak melakukan pembedahan caesar. 25 peratus negara pula kurang melakukannya - menunjukkan bahawa saranan agar ia digunakan dalam kes-kes mendesak tidak dilaksanakan.

2. Asma ketika kehamilan dikaitkan dengan risiko kemurungan postpartum

Golongan wanita yang mengalami asma atau semput semasa mereka hamil, lebih berkemungkinan mengalami kemurungan postpartum setelah melahirkan anak mereka, menurut satu kajian di Kanada.

Para doktor harus memerhatikan tanda-tanda kemurungan di kalangan pesakit mereka yang hamil dan mengalami asma. Ini supaya, mereka boleh memulakan rawatan awal, menurut para penulis The Journal of Allergy and Clinical Immunology: In Practice.

3. Kemas kini pemprogram perentak jantung dihentikan ekoran kebimbangan digodam

Pembuat alat perubatan Medtronic Plc sudah menghentikan kemas kini menerusi internet bagi sekitar 34,000 alat memprogram CareLink. Ia digunakan oleh para pembekal jagaan kesihatan di merata dunia untuk mengakses perentak jantung.

Kemas kini itu dihentikan kerana sistemnya terdedah kepada serangan siber. Namun demikian, dalam satu kiriman surat kepada para doktor, syarikat itu menyatakan bahawa pihaknya tidak mengetahui tentang sebarang kes di mana kelemahan pada sistem tersebut dieksploitasi oleh para penggodam.   

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan