Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekalipun bersara, Mahathir masih galas peranan penting selaku negarawan: Anwar

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad akan terus memainkan peranan penting sebagai seorang negarawan sekiranya berlaku perubahan kepimpinan negara. Demikian kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekalipun bersara, Mahathir masih galas peranan penting selaku negarawan: Anwar

Gambar fail Anwar Ibrahim semasa wawancara eksklusif bersama Mediacorp.

Diterbitkan : 15 May 2019 04:41PM Dikemas Kini : 15 May 2019 04:44PM

BANGI: Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad akan terus memainkan peranan penting sebagai seorang negarawan sekiranya berlaku perubahan kepimpinan negara. Demikian kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim.

"Dia harus diberi ruang. Andai kata saya ambil alih pun, peranan Dr Mahathir tetap ada sebagai seorang negarawan yang berjasa kepada negara kita,” ujar beliau selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Digital Native Agenda' di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini (15 Mei).

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, diminta mengulas mengenai ulang tahun pertama beliau dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018.

Berhubung pelan peralihan kepimpinan, Encik Anwar berkata apa-apa perkara mengenai pelan peralihan perlu dibincangkan antara beliau dengan Dr Mahathir seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Soal tarikh (peralihan kuasa) dan sebagainya, biar beliau (Dr Mahathir) bincang dengan saya. Saya tiada masalah," kata Encik Anwar. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan