Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sebuah daerah di New York isytihar darurat akibat penularan sakit campak

Sebuah daerah di New York di Amerika Syarikat, mengisytiharkan keadaan darurat akibat penularan penyakit campak. Perisytiharan yang berkuat kuasa selama 30 hari mulai tengah malam Selasa waktu tempatan itu, mengharamkan kanak-kanak daripada berada di tempat-tempat awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah daerah di New York isytihar darurat akibat penularan sakit campak

Gambar hiasan kanak-kanak sedang bermain. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Mar 2019 08:11PM Dikemas Kini : 27 Mar 2019 08:15PM

NEW YORK: Sebuah daerah di New York di Amerika Syarikat, mengisytiharkan keadaan darurat akibat penularan penyakit campak.

Perisytiharan yang berkuat kuasa selama 30 hari mulai tengah malam Selasa waktu tempatan itu, mengharamkan kanak-kanak daripada berada di tempat-tempat awam.

Perintah darurat itu dilihat sebagai satu langkah radikal yang diambil para pegawai Amerika Syarikat menyusuli penularan penyakit campak di beberapa kawasan di New York, akibat pergerakan antivaksin di negara itu.

Daerah Rockland di New York dengan lebih 300,000 penduduk, mencatatkan 153 kes campak yang sepatutnya diisytiharkan sebagai penyakit yang berjaya dibasmi pada tahun 2000.

Meskipun pihak berkuasa Amerika Syarikat sudah menjalankan kempen memberikan vaksin sejak penularan campak bermula pada Oktober lalu, sekitar 27 peratus kanak-kanak berusia setahun hingga 18 tahun, masih belum diberikan vaksin.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah kejiranan penduduk Yahudi yang membantah pemberian vaksin.

Pada teorinya, proses memberikan vaksin di sekolah-sekolah Amerika adalah wajib tetapi 47 daripada 50 wilayah Amerika termasuk New York, membenarkan pengecualian.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan