Images
  • seattle
    Penduduk di Seattle dikejutkan dengan salji tebal. (Gambar: AFP)

Seattle dikejutkan dengan salji tebal

AMERIKA SYARIKAT: Para penduduk di Seattle dikejutkan dengan salji tebal menyelubungi jalan-jalan raya, selepas ribut salji yang sangat jarang berlaku melanda kawasan barat Washington itu.

Ramai yang ditemui media tempatan berkongsi tentang pengalaman menarik pertama kali melihat salji turun di kawasan kediaman. Ada juga pelancong yang teruja kerana sama sekali tidak menjangkakan itu.

Tetapi ia tidak berhenti di situ sahaja. Akhbar Seattle Times melaporkan bahawa kawasan tersebut akan menjangkakan lebih banyak salji dan kemungkinan ribut salji melanda minggu depan.

Salji setebal 6.4 inci itu merupakan yang kedua paling tebal direkodkan untuk sehari dalam jangka masa 20 tahun. 

- Reuters/NF/aq

Top