Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Scott Morrison perdana menteri baru Australia

Bendahari Australia, Scott Morrison akan menjadi perdana menteri baru Australia selepas memenangi pertandingan tiga penjuru bagi tampuk kepimpinan Parti Liberal pada Jumaat (24 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Scott Morrison perdana menteri baru Australia

Encik Scott Morrison (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 24 Aug 2018 12:20PM Dikemas Kini : 24 Aug 2018 12:28PM

SYDNEY: Bendahari Australia, Scott Morrison akan menjadi perdana menteri baru Australia selepas memenangi pertandingan tiga penjuru bagi tampuk kepimpinan Parti Liberal pada Jumaat (24 Ogos), dengan penyandang jawatan Malcolm Turnbull tidak bertanding dalam pemilihan parti tersebut.

Ketiga-tiga pesaing adalah: mantan menteri ehwal dalam negeri, Peter Dutton, yang kalah tipis kepada Encik Turnbull dalam pemilihan Selasa lalu, Encik Morrison dan Menteri Luar Julie Bishop.

Encik Morrison, sekutu pemimpin yang disingkirkan, Encik Turnbull, berjaya memperolehi 45 undi.

Cik Bishop, seorang lagi penyokong Encik Turnbull, tersingkir pada pusingan pertama.

Parti Liberal adalah parti utama dalam pakatan konservatif yang akan keluar bertanding dalam pilihan raya pada Mei 2019.

Pemerintah Liberal-Nasional secara konsisten kerap dibayangi Parti Buruh dalam tinjauan pendapat.

Jika Encik Turnbull meletak jawatan dari parlimen, maka pemerintah baru akan berdepan dengan satu pilihan raya kecil di Sydney bagi mengisi kerusi parlimen beliau dan ini mungkin mengakibatkan parti itu hilang kelebihan satu kerusi dalam parlimen.

Encik Turnbull berkata pada Khamis, beliau percaya adalah lebih baik untuk para mantan perdana menteri berundur dari parlimen.

Kepimpinan Encik Turnbull dicabar sebanyak dua kali pada minggu lalu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan