Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sayap wanita PKR harap kaum hawa diberi peluang isi jawatan Nurul Izzah

Sayap wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap calon wanita diberi peluang bagi mengisi kekosongan jawatan dalam parti yang ditinggalkan Anggota Parlimen Permatang Pauh, Cik Nurul Izzah Anwar.

Anggaran Waktu Membaca:
Sayap wanita PKR harap kaum hawa diberi peluang isi jawatan Nurul Izzah

Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 12 Jan 2019 10:49AM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 10:51AM

KUALA LUMPUR: Sayap wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap calon wanita diberi peluang bagi mengisi kekosongan jawatan dalam parti yang ditinggalkan Anggota Parlimen Permatang Pauh, Cik Nurul Izzah Anwar.

Ketua Wanita PKR, Cik Haniza Mohamed Talha berkata mereka menyokong sekiranya kepimpinan tertinggi parti memilih calon wanita sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang dan Naib Presiden parti itu kerana ramai wanita dalam parti layak mengisi jawatan itu.

"Kita (Wanita PKR) lebih suka sekiranya calon wanita dilantik (mengisi kedua-dua jawatan), tetapi kita tidak juga mengetepikan jika ada calon yang lebih baik. Dalam PKR, ramai wanita ada rekod pencapaian yang baik.

"Kita tidak mahu mengawal tindakan presiden (melantik pengganti Cik Izzah), kita berharap secara demokrasi akan memilih calon terbaik dan pilihlah wanita," katanya kepada pemberita di Majlis Minum Petang Wanita PKR bersama Media, di Ampang, semalam (11 Jan).

Turut hadir, timbalannya, Dr Daroyah Alwi serta semua kepimpinan Wanita PKR pusat dan negeri.

Pada 17 Dis lalu, Cik Nurul Izzah mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam parti dan berkaitan dengan kerajaan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan