Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sayap pesawat Lion Air pecah dalam nahas di landasan

Sebuah pesawat Lion Air merempuh sebatang tiang besi di lapangan terbang Fatmawati di kota Bengkulu ketika ia hampir berlepas ke Jakarta.

Anggaran Waktu Membaca:
Sayap pesawat Lion Air pecah dalam nahas di landasan

Sebuah pesawat Lion Air merempuh sebatang tiang besi di lapangan terbang Fatmawati di kota Bengkulu. (Gambar: Irsan Hidayat/Facebook)

Diterbitkan : 08 Nov 2018 12:22PM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 12:25PM

BENGKULU: Sebuah pesawat Lion Air merempuh sebatang tiang besi di lapangan terbang Fatmawati di kota Bengkulu ketika ia hampir berlepas ke Jakarta.

Insiden itu menyebabkan sayap kiri pesawat pecah di samping menjadi punca beberapa penerbangan seperti Batik Air tertangguh, lapor media tempatan.

Gambar-gambar yang dimuat naik pengguna Facebook, Irsan Hidayat, menunjukkan bahagian sayap pesawat yang pecah manakala orang ramai berkumpul di landasan kapal terbang. Sesetengah penumpang kelihatan membawa bersama bagasi mereka.

Menukil seorang pegawai Lion Air, CNN Indonesia menyatakan bahawa satu lagi pesawat dikerahkan bagi membawa kesemua 143 penumpang pesawat JT633 Lion Air ke Jakarta.

Insiden itu berlaku sedang pihak berkuasa giat menjalankan operasi mencari mayat para penumpang yang terkorban selepas pesawat JT610 terhempas ke dalam laut berdekatan pulau Jawa. Tiada yang terselamat dalam tragedi itu.

Laporan awal berkaitan punca kemalangan itu dijangka dikeluarkan pada hujung bulan ini.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan