Images
  • namewee
    Penyanyi rap Malaysia, Wee Meng Chee, atau Namewee. (Gambar: AFP)

Sayap belia PN buat laporan polis terhadap penyanyi rap Namewee berkenaan poster filem

KUALA LUMPUR: Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan membuat aduan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee, berkenaan poster filem terbarunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum. 

Aduan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Khamis (19 Nov).

Encik Mohammad Azwan berkata aduan polis dibuat kerana poster filem bertajuk 'BABI' itu mengandungi perkataan 'Melayu Bodoh', 'India Keling' dan 'Cina Babi'.

“Penghinaan dan provokasi ini dilihat amat keterlaluan dan merupakan satu tindakan kurang ajar serta biadap, dibimbangi menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia,” katanya kepada wartawan selepas membuat aduan polis itu.

Beliau berkata pihaknya turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat kandungan berkaitan filem tersebut daripada diakses oleh rakyat Malaysia melalui Facebook, Youtube dan Instagram miliknya. 

- Bernama/NK/nk

Top