Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Saya tidak curi wang 1MDB" kata Najib Razak; dakwa Dr Mahathir tiada bukti kukuh

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak menerima faedah atau mencuri wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana pihak lain.

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya tidak curi wang 1MDB" kata Najib Razak; dakwa Dr Mahathir tiada bukti kukuh

(Gambar: Mohd Rasfan/ AFP)

Diterbitkan : 11 Jun 2018 07:35PM Dikemas Kini : 11 Jun 2018 07:37PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak menerima faedah atau mencuri wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana pihak lain.

Beliau yakin sekiranya didakwa berkaitan kes 1MDB atas alasan politik, mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Encik Najib berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kini menyatakan tidak mudah untuk menahan dan mendakwanya di mahkamah walaupun sebelum ini meyakinkan rakyat bahawa kononnya beliau mencuri berbilion dana 1MDB.

“Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

“Dengan berkata demikian, Dr Mahathir mengaku Pakatan Harapan membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh,” menurut Encik Najib dalam catatan di laman Facebook dan Twitter hari ini (11 Jun).

KONSPIRASI SEMATA-MATA

Media melaporkan Dr Mahathir, semasa majlis makan malam dengan rakyat Malaysia yang tinggal dan belajar di Jepun pada malam semalam (10 Jun), sebagai berkata: “Ia bukannya mudah. Kami perlu mencari bukti kukuh untuk dikemukakan ke mahkamah.”

Menurut Encik Najib, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan bahawa kertas pertuduhan yang didakwa disediakan untuk mendakwa beliau pada 2015, adalah tidak benar.

Encik Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan mendakwa perkara itu merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menggulingkannya dengan menggunakan individu tertentu dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berkata jemaah haji Malaysia yang pernah dibiayai 1MDB untuk ke Tanah Suci tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan adalah dari sumber yang halal.

“...kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya,” kata Encik Najib.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan