Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Saya terima dipecat sebagai Setiausaha Agung BN": Annuar Musa

Annuar Musa berkata beliau menerima pemecatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Agung Bersama Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa semalam (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya terima dipecat sebagai Setiausaha Agung BN": Annuar Musa

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 Jan 2021 05:28PM Dikemas Kini : 06 Jan 2021 05:31PM

PUTRAJAYA: Annuar Musa berkata beliau menerima pemecatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Agung Bersama Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa semalam (5 Jan).

Meskipun begitu katanya beliau akan terus berjuang atas wadah perjuangan UMNO bagi menyumbang ke arah parti yang bermaruah, berintegriti dan kekal memimpin penyatuan ummah dan menunjangi permuafakatan nasional.

“Dengan tidak lagi menjadi Setiausaha Agung BN, saya lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik mengikut hati nurani dan conscience saya sendiri bersama rakan-rakan yang sealiran,” katanya pada sidang media khas mengenai pemecatan beliau di sini hari ini (6 Jan).

Pada masa sama, Annuar berkata peraturan BN menetapkan keputusan melantik dan memecat tidak boleh dibuat oleh presiden UMNO, sebaliknya mesti dilakukan oleh pengerusi BN pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Ia (pemecatan) tidak boleh dibuat oleh presiden UMNO dalam pertemuan dengan ketua-ketua bahagian UMNO... mesti berunding dengan parti-parti yang lain dalam BN, satu parti satu undi dan tiga parti lain juga berhak untuk mencadangkan siapa yang ganti setiausaha agung,” katanya. 

“Kalau boleh, saya cadangkan pecat saya sekali lagilah bila mesyuarat BN diadakan,” katanya.

Jawatan itu kini disandang oleh  Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan,  berkata kebelakangan ini beberapa perkara, peristiwa dan dasar telah menuntut beliau untuk bertindak mempertahankan prinsip dan pendirian politiknya secara tegas dan berterus-terang.

“Antaranya ialah terdapat sokongan hitam putih kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional yang dianggotai BN dan percubaan dan perundingan melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan ‘Pembentukan Jajaran Baharu Politik’,” katanya.

Perkara itu katanya bercanggah dengan keputusan UMNO iaitu "No DAP, No Anwar” (tidak kepada DAP, tidak kepada Anwar). 

Selain itu, beliau berkata ada percubaan menggugat kestabilan kerajaan Perikatan Nasional berkali-kali yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik antara UMNO, PAS dan Bersatu. 

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan