Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saya sudah cukup rehat di penjara, sekarang kena terus kerja, kata Anwar

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa amanah rakyat terhadap Pakatan Rakyat tidak akan disia-siakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Saya sudah cukup rehat di penjara, sekarang kena terus kerja, kata Anwar

(Gambar: Petikan video Anwar Ibrahim)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 03:19PM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 03:22PM

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa amanah rakyat terhadap Pakatan Rakyat tidak akan disia-siakan.

Menerusi sebuah klip video selama 2 minit 30 saat, sempena perutusan Aidilfitri, Encik Anwar ditanya oleh anaknya, Nurul Nuha mengenai rancangannya selepas dibebaskan dari penjara.

"Kita rehatlah dulu, papa," katanya.

"Rehat? Kan papa dah lama rehat di penjara. Sekarang kita kena terus kerja. Orang tunggu.

“Orang bagi amanah. Kalau kita tidak laksanakan, dukungan mereka itu sia-sia. Kalau kita fikirkan keselesaan kita, samalah (kita) dengan rejim lama,” kata Encik Anwar pula.

Encik Anwar menekankan bahawa matlamat kerajaan sekarang adalah untuk meringankan beban rakyat dan menjadikan demokrasi di Malaysia lebih bermakna bagi rakyat, lapor Malaysiakini.

"Kalau tidak, ia tiada apa-apa makna selain (dari mempunyai) kebebasan kita dan pemerintahan baru. Kita (perlu) teruskan sedikit sahaja lagi. Mudah-mudahan Allah perkenankannya, InsyaAllah,” katanya.

Isteri Encik Anwar, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian tampil menyertai perbualan itu, dengan berkata sekarang adalah lebih sukar selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum.

"Kita mesti lakukan semua (janji-janji) sebab apa kita nak mengisi kemenangan dan kalau boleh dengan semua sokongan rakyat, kita boleh melakukannya,” katanya.

Ketiga-ketiga mereka kemudian berpelukan sebelum beredar untuk makan malam.

Video itu berakhir dengan ucapan Hari Raya Aidilfitri dari seluruh keluarga Encik Anwar, lapor Malaysiakini.

Sumber : Agensi berita/SM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan