Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Saya akan lapor SPRM jika ada anggota BERSATU guna nama parti urus bazar Ramadan”

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau tidak akan teragak-agak membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mendapati terdapat penyelewengan berlaku dalam partinya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya akan lapor SPRM jika ada anggota BERSATU guna nama parti urus bazar Ramadan”

Gambar: Syed Saddiq/Instagram

Diterbitkan : 14 Jun 2018 09:34AM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 09:36AM

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau tidak akan teragak-agak membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mendapati terdapat penyelewengan berlaku dalam partinya itu.

Beliau berkata demikian menyusuli penyebaran tangkap layar sepucuk surat yang mempunyai logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disertakan dengan nama serta jawatan Pemuda BERSATU Wilayah Persekutuan.

Menurut Malaysiakini, surat yang viral di media sosial itu dipercayai berhubung urusan tapak bazar Ramadan tahun ini.

"Saya tidak akan membiarkan penggunaan nama mana-mana parti bagi mendapatkan favour (habuan) daripada kerajaan.

"Jika surat ini sahih dan kerana ia (melibatkan) parti politik, habuan itu diperoleh secara tidak sah.

"Saya sendiri akan melaporkan kes ini kepada SPRM dan berharap sesiapa yang terlibat akan melakukan tindakan sama.

"Tidak gentar untuk membina semula Malaysia baru walaupun mereka ahli parti saya," katanya kepada Malaysiakini lewat malam semalam (13 Jun).

Sementara itu, melalui kenyataan media awal pagi ini (14 Jun), Encik Syed Saddiq menjelaskan bahawa pihaknya sudah menghubungi peniaga dan pihak lain yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan serta bukti berhubung dakwaan berkenaan.

Anggota Parlimen Muar itu turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubunginya.

"Berada dalam kerajaan, bukan bermakna saya mengiakan semua salah laku yang berada di depan mata saya," katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan