Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saya ada dua isteri, "wajar dinaikkan gaji", kata Presiden Filipina Rodrigo Duterte

Dengan beban tugas yang semakin berat, Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata beliau wajar menerima gaji yang lebih tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Saya ada dua isteri, "wajar dinaikkan gaji", kata Presiden Filipina Rodrigo Duterte

Presiden Filipina Rodrigo Duterte berucap semasa satu majlis. (Gambar: REUTERS/Romeo Ranoco)

Diterbitkan : 25 Feb 2018 08:37PM Dikemas Kini : 25 Feb 2018 08:40PM

FILIPINA: Dengan beban tugas yang semakin berat, Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata beliau wajar menerima gaji yang lebih tinggi.

Malah, beliau tanpa berselindung memberitahu kenaikan gaji itu mampu meringankan lagi kos sara hidupnya kerana memiliki dua isteri.

Berucap di Kem General Adriano Henandez di Iloilo pada Khamis lalu (22 Feb), Encik Duterte berkata gaji bulanannya hanyalah sekitar P200,000 (S$5,020), tanpa elaun makanan atau perwakilan.

"Saya sangat penat. Tahukah anda berapa gaji saya? P200,000. Saya ada dua isteri," ujar Encik Duterte seperti yang dipetik laman Daily Inquirer.

"Gaji ideal saya, jika saya anggarkan, saya wajar mendapat sejuta lima ratus (sebulan)," tambahnya.

Gaji Presiden Filipina, yang dalam Gred 33, bermakna gaji bulanannya pada 2018 adalah P298,083, menurut Arahan Eksekutif Nombor 201 yang ditandatangani Presiden Aquino pada 2016.

Arahan Eksekutif itu mengubah suai jadual gaji bagi kakitangan awam pemerintah dan memberikan faedah tambahan bagi kedua-dua orang awam dan pegawai tentera serta kakitangan seragam, lapor Daily Inquirer.

Pada tahun depan, gaji presiden dijangka dinaikkan sekali lagi di bawah jadual gaji yang akan dilaksanakan dalam empat peringkat.

Sekalipun demikian, ia tidak seperti didambakan Encik Duterte yang menginginkan gaji berjumlah 1.5 juta peso sebulan. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan