Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Saya ada di rumah, saya sihat, Alhamdulillah."- Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini (23 Jan) menafikan khabar kononnya beliau mengalami masalah kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya ada di rumah, saya sihat, Alhamdulillah."- Dr Mahathir

Gambar Fail: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad meninggalkan sebuah acara di Kuala Lumpur pada 28 Feb. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Jan 2021 08:36PM Dikemas Kini : 23 Jan 2021 08:39PM

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini (23 Jan) menafikan khabar kononnya beliau mengalami masalah kesihatan.

Dalam sebuah video pendek selama enam saat yang dimuat naik ke laman Facebook rasminya, Dr Mahathir berkata: "Hari Sabtu 23 hari bulan Januari, saya ada di rumah."

Beliau turut memuat naik kenyataan: 'Saya sihat, alhamdulillah =)' sebagai kapsyen pada video itu.

Baru-baru ini terdapat maklumat yang tersebar di laman media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Dr Mahathir tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan