Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi tolak permohonan ekstradisi suspek pembunuhan Khashoggi

Menteri Ehwal Luar Arab Saudi menolak permohonan Presiden Turki Recep Tayyip Edogan supaya para suspek bagi kes pembunuhan Jamal Khashoggi diekstradisi ke negaranya.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi tolak permohonan ekstradisi suspek pembunuhan Khashoggi

Wartawan Jamal Khashoggi dipercayai dibunuh dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Turki. (Gambar fail: Osman Orsal/Reuters)

Diterbitkan : 10 Dec 2018 08:40AM Dikemas Kini : 10 Dec 2018 08:42AM

RIYADH: Menteri Ehwal Luar Arab Saudi menolak permohonan Presiden Turki Recep Tayyip Edogan supaya para suspek bagi kes pembunuhan Jamal Khashoggi diekstradisi ke negaranya.

"Kami tidak mengekstradisi rakyat kami," kata Encik Adel al-Jubeir dalam satu sidang media di Riyadh, semasa akhir sidang Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk.

Encik Erdogan berulang kali menggesa Arab Saudi supaya menyerahkan para suspek kes pembunuhan pengkritik kerajaan Arab Saudi itu.

Allahyarham Khashoggi, seorang penulis bagi Washington Post, dibunuh tidak lama selepas memasuki bangunan konsulat negara itu di Istanbul pada 2 Oktober.

Mahkamah Turki pada Rabu (5 Nov) mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Perisikian Saudi, Ahmad al-Assiri, dan bekas Penasihat Mahkamah Diraja, Saud al-Qahtani, atas permintaan Ketua Pendakwa Raya Istanbul.

Encik Assiri sering berada di sisi Putera Mohammed dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup bersama orang-orang kenamaan luar negara manakala Encik Qahtani merupakan penasihat utama kepada Putera Mahkota berkenaan.

Kedua-duanya dipecat selepas Riyadh mengaku bahawa Allahyarham Khashoggi dibunuh dalam bangunan konsulatnya.

"Pihak berkuasa Turki tidak begitu membantu seperti yang kami jangkakan," kata Encik Jubeir, sambil menambah bahawa Riyadh hanya diberikan maklumat yang sudah dibocorkan pihak media sebelum ini.

"Kami meminta rakan-rakan kami dari Turki supaya memberi kita bukti yang boleh digunakan di mahkamah. Namun, kami tidak menerimanya melalui cara yang seharusnya ia dilakukan."

Menurut Turki, sebuah pasukan yang dianggotai 15 orang dikerahkan ke Istanbul untuk membunuh Allahyarham Khashoggi.

Encik Erdogan mendakwa "peringkat tertinggi" kerajaan Arab Saudi yang mengarahkan pembunuhan Allahyarham Khashoggi meskipun menegaskan bahawa ia bukan arahan Raja Salman.

Pemimpin Turki itu menggesa pada hujung minggu lalu semasa lawatannya ke Amerika Selatan supaya Riyadh menyerahkan para suspek, namun kerajaan itu enggan memberi kerjasama.

Riyadh bagaimanapun sudah menahan 21 orang yang terkait dengan kes pembunuhan tersebut.

Meskipun terdapat spekulasi bahawa Putera Mahkota negara itu yang mengarahkan pembunuhan Khashoggi, kerajaan Saudi dengan tegas menolak dakwaan tersebut. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan