Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi terima permohonan visa umrah luar negara mulai esok

Buat julung-julung kalinya dalam masa 18 bulan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bakal menerima permohonan bagi visa umrah dari luar negara, mulai esok (9 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi terima permohonan visa umrah luar negara mulai esok

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 08 Aug 2021 04:02PM Dikemas Kini : 08 Aug 2021 04:04PM

KAHERAH: Buat julung-julung kalinya dalam masa 18 bulan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bakal menerima permohonan bagi visa umrah dari luar negara, mulai esok (9 Ogos).

Jumlah jemaah umrah juga akan ditambah kepada 2 juta orang setiap bulan untuk kedua-dua jemaah dalam dan luar Saudi.

Seperti para jemaah umrah dari Saudi sendiri, para jemaah dari luar negara juga perlu mempunyai sijil vaksinasi dari negara masing-masing.

Permit untuk mengerjakan ibadah umrah juga perlu didapatkan menerusi aplikasi bijak Eatamarna dan Tawakkalna.

Menurut Timbalan Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr. Abdul Fattah Mashat, pihaknya bekerjasama dengan kementerian dan agensi-agensi lain bagi menjaga keselamatan para jemaah ketika berada di Saudi.

Misalnya, jumlah penumpang di dalam bas tidak dibenarkan melebihi 50 peratus kapasiti serta jumlah jemaah yang melakukan umrah pada satu-satu masa, tidak boleh melebihi 60,000 sehari.

Dan setiap orang boleh memohon slot umrah setiap 15 hari saja.

Sementara itu, kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di Masjidil Haram telah dipergiatkan, dengan lebih 4,000 pekerja bergilir-gilir menggunakan 60,000 liter bahan pembasmi kuman, 10 kali sehari.

Mulai 1 Ogos lalu, pihak berkuasa Saudi turut membuka permohonan visa pelancong yang sah selama setahun.

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan