Saudi siasat penyampai televisyen wanita kerana berpakaian 'tidak sopan'
Namun, Shireen menafikan tuduhan tersebut, dan memberitahu laman berita Ajel bahawa beliau memakai "pakaian yang sopan" ketika membuat laporan.
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi melancarkan siasatan selepas seorang penyampai televisyen dikatakan memakai pakaian "tidak sopan" ketika membuat laporan mengenai langkah membatalkan larangan wanita memandu, yang mencetuskan kemarahan di media sosial.
Shireen al-Rifaie, seorang penyampai televisyen warga Arab Saudi yang bertugas dengan Al Aan TV, berpangkalan di Dubai, kelihatan memakai tudung yang longgar dan baju panjang yang menampakkan seluar serta blausnya dalam video yang tersebar luas.
Klip video itu mencetuskan kritikan daripada pihak konservatif di media sosial, dengan tanda pagar (hashtag) dalam bahasa Arab "wanita tidak berpakaian memandu di Riyadh" semakin popular.
Pihak Berkuasa Am untuk Media Audiovisual Arab Saudi pada hari Selasa (26 Jun) menyatakan bahawa mereka sudah merujuk kes membabitkan Shireen itu kepada para penyiasat, menuduhnya "melanggar peraturan dan arahan" dengan memakai "pakaian tidak senonoh".
Namun, Shireen menafikan tuduhan tersebut, dan memberitahu laman berita Ajel bahawa beliau memakai "pakaian yang sopan" ketika membuat laporan.
Ajel melaporkan bahawa Shireen sudah meninggalkan Arab Saudi selepas tercetusnya kontroversi itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.