Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi lancar 300 pakej pelancongan dalam negeri di 17 destinasi

Penguasa Pelancongan Arab Saudi (STA) mengumumkan bermulanya musim pelancongan dalam negeri yang terbaru bermula bulan ini sehingga Mac tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi lancar 300 pakej pelancongan dalam negeri di 17 destinasi

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 13 Dec 2020 05:38PM Dikemas Kini : 13 Dec 2020 05:42PM

MAKKAH: Penguasa Pelancongan Arab Saudi (STA) mengumumkan bermulanya musim pelancongan dalam negeri yang terbaru bermula bulan ini sehingga Mac tahun depan.

Sekitar 300 pakej pelancongan di Saudi dilancarkan untuk 17 destinasi di merata negara itu, dengan kerjasama 200 agensi swasta tempatan.

Menurut Menteri Pelancongan Saudi, Ahmed Al-Khateeb, pelancongan musim sejuk sekarang, adalah kerjasama pihak kerajaan dengan sektor swasta.

Pihak Pelancongan Saudi aktif memastikan pengalaman melancong di Saudi sekarang, tetap mematuhi protokol kesihatan mencegah COVID-19.

Pelancongan musim sejuk di Saudi terbahagi kepada lima kategori, iaitu pakej destinasi sejarah, marin, kota, tempat sejuk dan pergunungan.

Terdapat juga pakej-pakej umrah dari tiga hingga lima hari.

Selain lawatan ke Makkah, terdapat juga tempat-tempat menarik berdekatan.

Semua pakej tersebut boleh ditempah secara online.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan