Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi lakar 6 projek besar bagi rombak ekonomi, pikat pelaburan asing

Arab Saudi akan membangunkan enam projek besar bernilai AS$7 trilion (S$9.4 trilion) bagi membantu merombak ekonominya serta memacu pelaburan asing.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi lakar 6 projek besar bagi rombak ekonomi, pikat pelaburan asing

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 05:07PM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 05:08PM

RIYADH: Arab Saudi akan membangunkan enam projek besar bernilai AS$7 trilion (S$9.4 trilion) bagi membantu merombak ekonominya serta memacu pelaburan asing.

Ia juga sejajar dengan Visi 2030 Saudi untuk mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap sumber minyak.

Menurut laporan Arab News, sekurang-kurangnya empat daripada enam projek mega itu dikaitkan dengan sektor pelancongan, seperti pembinaan pusat peranginan dan tarikan baru.

Tapak Al Ula atau Madain Saleh misalnya, sudahpun mula menarik pelaburan asing.

Ia juga bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan bagi penduduk Saudi.

Sumber : Agensi berita/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan