Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi, Iran tunjuk tanda akan berbaik-baik

Dua seteru Arab Saudi dan Iran menunjukkan tanda-tanda akan berbaik-baik tetapi para pakar menyatakan lebih banyak perlu dilakukan untuk meredakan ketegangan menyusuli perselisihan lima tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi, Iran tunjuk tanda akan berbaik-baik

Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian semasa pertemuan dengan perdana menteri Lubnan di Beirut pada 7 Okt 2021. (Gambar: AFP/Anwar Amro)

Diterbitkan : 12 Oct 2021 10:15AM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 10:18AM

RIYADH: Dua seteru Arab Saudi dan Iran menunjukkan tanda-tanda akan berbaik-baik tetapi para pakar menyatakan lebih banyak perlu dilakukan untuk meredakan ketegangan menyusuli perselisihan lima tahun.

Negara Sunni, Arab Saudi dan Iran yang majoritinya Syiah, memutuskan hubungan pada 2016 setelah penunjuk perasaan menyerang misi diplomatik Arab Saudi di Iran setelah kerajaan Saudi menjatuhkan hukuman ke atas seorang ulama Syiah yang dihormati.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, para pegawai dari kedua-dua negara, pihak yang berseteru dalam banyak konflik di Timur Tengah, mengeluarkan kata-kata positif mengenai rundingan penting yang diadakan di Baghdad sejak April.

Perbincangan-perbincangan dilancarkan di bawah mantan presiden moderat Iran Hassan Rouhani dan diteruskan di bawah pengganti ultrakonservatif, Ebrahim Raisi.

Seorang diplomat asing yang tinggal di Arab Saudi yang rapat dengan proses rundingan itu berkata bahawa kedua-dua pihak "hampir bersedia...untuk meredakan ketegangan antara mereka dan perang proksi (diplomatik) di rantau ini" semasa pusingan terakhir perbincangan.

Menteri Luar Saudi Putera Faisal bin Farhan mengesahkan pusingan keempat rundingan berlangsung pada September, dan menzahirkan harapan agar mereka akan "meletakkan asas" untuk mengatasi masalah antara kedua-dua negara.

Rakan sejawatnya dari Iran, Hossein Amir-Abdollahian, berkata perbincangan itu "berada di landasan yang betul".

"Kami sudah mencapai hasil dan persetujuan, tetapi kami masih memerlukan lebih banyak dialog," katanya awal bulan ini.

Diplomat asing itu berkata bahawa kedua-dua pihak "berkemungkinan besar akan memperhalusi perjanjian" dalam pusingan baru rundingan yang mungkin dilakukan dalam beberapa hari.

"Mereka, pada dasarnya, sudah mencapai kesepakatan untuk membuka kembali konsulat...dan saya rasa pengumuman untuk hubungan yang baik semula mungkin akan datang dalam beberapa minggu akan datang," kata diplomat itu kepada AFP dengan syarat namanya tidak didedahkan.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan