Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi beri amaran akan bertindak balas atas serangan dron Yaman

Perikatan tentera yang diterajui Arab Saudi memberi amaran kepada pemberontak Houthi di Yaman bahawa ia akan bertindak balas habis-habisan jika mereka menyerang Arab Saudi menggunakan dron-dron yang dipercayai dibekalkan oleh Iran.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi beri amaran akan bertindak balas atas serangan dron Yaman

Gambar hiasan senjata di Yaman. (Gambar: Mohamed Al-Sayaghi/Reuters)

Diterbitkan : 17 Apr 2018 09:25AM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 09:29AM

YAMAN: Perikatan tentera yang diterajui Arab Saudi memberi amaran kepada pemberontak Houthi di Yaman bahawa ia akan bertindak balas habis-habisan jika mereka menyerang Arab Saudi menggunakan dron-dron yang dipercayai dibekalkan oleh Iran.

Riyadh menyatakan minggu lalu bahawa pihaknya berjaya menembak jatuh dua dron di bahagian selatan negara tersebut serta memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kawasan yang dikuasai pemberontak di Yaman.

“Jika Houthi terus menyasarkan kemudahan perindustrian atau kawasan kediaman, tindak balasnya tegas dan sengit,” menurut jurucakap perikatan tersebut Turki al-Malki, yang turut menunjukkan bangkai dron yang berjaya dipintas.

Namun demikian, kumpulan pemberontak itu melancarkan peluru berpandu pada lewat semalam (16 Apr) ke arah selatan wilayah Najran, yang dipintas oleh sistem pertahanan udara Saudi, menurut media tempatan Al-Ekhbariya.

Encik Malki memberitahu wartawan di timur bandar Al-Khobar bahawa lapangan terbang ibu kota Sanaa yang ditawan pemberontak kini digunakan sebagai pangkalan untuk melancarkan serangan dron.

Pemerintah Yaman yang disokong Arab Saudi menyatakan minggu lalu bahawa dron-dron tersebut “adalah buatan Iran” dan turut menambah bahawa tentera Yaman tidak mempunyai dron seperti itu dan “mustahil untuk menghasilkannya sendiri.”

Iran yang menyokong Houthi, merampas ibu kota Sanaa pada 2014, dan ini mencetuskan tindakan tentera yang diterajui Saudi menentang pemberontak tersebut pada tahun seterusnya.

Namun, Tehran sudah berulang kali menafikan bahawa ia membekalkan senjata kepada kumpulan pemberontak. Perbuatan sedemikian melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikenakan ke atas Yaman pada 2015. 

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan