Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi bakal laksana semula syarat tunggu 30 hari sebelum ziarah Raudhah

Akibat permintaan yang bertambah, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bakal melaksanakan semula syarat menunggu 30 hari sebelum boleh mendapatkan tempat untuk melawat Raudhah bagi tujuan bersolat atau menziarahi Makam Nabi Muhammad, di Masjid Nabawi.

Anggaran Waktu Membaca:

MADINAH: Akibat permintaan yang bertambah, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bakal melaksanakan semula syarat menunggu 30 hari sebelum boleh mendapatkan tempat untuk melawat Raudhah bagi tujuan bersolat atau menziarahi Makam Nabi Muhammad, di Masjid Nabawi.

Dalam satu kemas kini media sosial Haramain Sharafin siang tadi (27 Okt), peraturan tidak membenarkan tempahan lebih daripada satu slot untuk ke makam nabi itu, adalah suatu perkembangan yang tidak diduga.

Baru minggu lalu, pihak berkuasa Saudi mengumumkan kebenaran kapasiti penuh di kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Para wakil dari Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Muslim Singapura (AMTAS) yang kini di Saudi untuk meninjau prosedur umrah dalam normal baru kini, bagaimanapun akur akan perubahan tersebut.

"Kami agak terperanjat kerana kami adalah pasukan bertindak yang baru saja menjalani ziarah Raudhah setiap hari melalui aplikasi Eatamarna.

"Bagi mereka yang menggunakan visa umrah, salah satu perkhidmatan yang dijamin Muasasah di sini adalah jemaah mendapat satu umrah dan juga dapat ziarah Rasulullah bagi lelaki dan bagi kaum wanita mendapat tempat di Raudhah.

"Inilah jaminan perkhidmatan oleh Muasasah di sini," kata Setiausaha AMTAS Ustazah Juyda Noor Mohamad. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan