Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi akan tangani salah guna sistem perwalian

Arab Saudi akan mengkaji bagaimana sistem perwalian di negara itu disalahgunakan, menurut laporan media Saudi pada Isnin (4 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi akan tangani salah guna sistem perwalian

Ramai wanita Saudi bimbang nyawa mereka akan lebih terancam jika mereka membuat aduan polis mengenai penyalahgunaan sistem perwalian. (Gambar fail: Faisal Al Nasser/Reuters)

Diterbitkan : 05 Feb 2019 09:45AM Dikemas Kini : 05 Feb 2019 09:49AM

RIYADH: Arab Saudi akan mengkaji bagaimana sistem perwalian di negara itu disalahgunakan, menurut laporan media Saudi pada Isnin (4 Feb).

Arab Saudi mengambil langkah itu selepas isu berkenaan mendapat perhatian global apabila seorang gadis rakyat negara itu, berusia 18 tahun, melakukan penerbangan ke Thailand baru-baru ini.

Setiap wanita rakyat Arab Saudi harus mendapat izin daripada seorang saudara lelaki untuk bernikah, mendapatkan pasport ataupun melakukan perjalanan ke luar negara. Mereka biasanya adalah ayah, suami atau kadangkala pak cik, abang, adik lelaki ataupun anak lelaki.

Kumpulan-kumpulan hak asasi menyatakan bahawa sistem itu menyebabkan kaum wanita dianggap sebagai rakyat kelas kedua. Selain menghalang mereka daripada menikmati kebebasan sosial dan ekonomi, kaum wanita juga lebih mudah terjejas akibat keganasan.

Pendakwa raya Arab Saudi Saud al-Mojeb berkata pejabatnya "akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi para individu, tanpa mengira sama ada kaum wanita, kanak-kanak atau ibu bapa daripada diperlakukan secara buruk oleh mereka yang menyalahgunakan kuasa perwalian mereka," menurut laporan akhbar Saudi Gazette.

Menurut Encik Saud, pejabatnya hanya menerima jumlah kecil aduan mengenai sistem perwalian tanpa memberikan maklumat lanjut.

Para aktivis berkata ramai wanita Arab Saudi berasa bimbang nyawa mereka akan menjadi lebih terancam jika mereka membuat aduan polis berhubung penderaan atau penyalahgunaan kuasa.

Mereka sudahpun menyeru agar sistem perwakilan itu dimansuhkan. Meskipun ia terhakis secara perlahan-lahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia masih dikuatkuasakan.

Kaum wanita di negara itu diberikan sedikit kebebasan yang diluluskan di bawah pentadbiran Putera Mahkota Mmohammed bin Salman, yang menarik balik larangan memandu bagi wanita dan melonggarkan sekatan terhadap pergaulan dengan kaum lelaki.

Bagaimanapun, tindakan tegas juga diambil terhadap para penentang, termasuk menangkap dan mendera aktivis-aktivis hak asasi wanita dan tokoh-tokoh agama.

Nasib Rahaf Mohammed, yang melarikan diri daripada keluarganya pada bulan lalu semasa bercuti di Kuwait dan kemudian meminta bantuan daripada lapangan terbang Bangkok menerusi Twitter, mencetuskan kempen online dengan pihak berkuasa Thailand memutuskan untuk tidak menghantar pulang remaja itu ke negara asalnya dan Kanada memberikan suaka kepadanya.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan