Images
  • malaysia police
    Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Satu tahanan Uighur ditangkap di M'sia

ALOR SETAR: Polis Kedah mengesahkan seorang daripada etnik Uighur yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao, Thailand ditahan di kawasan Bukit Tangga dekat Bukit Kayu Hitam petang kelmarin (21 Nov).

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff ketika mengesahkan tangkapan itu berkata tahanan terbabit ditahan sepasukan tentera yang berada di pos kawalan berhampiran kawasan itu pada 4.00 petang selepas ditemui orang awam dan kemudian menyerahkannya kepada anggota keselamatan itu.

"Tahanan yang berumur lingkungan 30-an tersebut melalui kawasan Bukit Tangga dengan berjalan kaki,” katanya dalam pertemuan bersama semua pengetua sekolah menengah semalam (22 Nov).

Datuk Asri menambah bahawa pihak berkuasa Thailand dimaklumkan tentang penangkapan itu.

Lelaki itu kini ditahan di lokap Balai Polis Jitra.

Beliau berkata polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi membantu pihak berkuasa Thailand mengesan saki-baki tahanan berkenaan selain mengambil langkah mengedar poster gambar tahanan yang melepaskan diri itu di semua agensi kawalan dan keselamatan di sempadan.

Dalam kejadian pukul 2.00 pagi kelmarin, 20 etnik Uighur Muslim dari China yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka melarikan diri dari pusat tahanan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan dilaporkan berkata lima daripada tahanan terbabit ditahan semula manakala bakinya dipercayai sudah merentasi sempadan untuk memasuki Malaysia.

Pada masa ini, kira-kira 200 etnik Uighur sedang ditahan di pusat-pusat imigresen Thailand bagi menunggu dihantar pulang selepas Beijing mendesak mereka dihantar pulang. 

- BERNAMA/AQ/aq

Top