Satu lagi skandal RM9.4 bilion babitkan 1MDB, Jho Low dikesan
Kementerian Kewangan mendedahkan bahawa ia menemui satu lagi skandal daripada fail merah membabitkan nilai RM9.4 bilion (S$3.16 bilion) yang dipercayai ada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Jho Low.
PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan mendedahkan bahawa ia menemui satu lagi skandal daripada fail merah membabitkan nilai RM9.4 bilion (S$3.16 bilion) yang dipercayai ada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Jho Low.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng, berkata skandal itu membabitkan syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang sudah membayar 88 peratus atau RM8.3 bilion (S$2.8 bilion) walaupun hanya 13 peratus kerja yang sudah siap dilakukan.
Katanya, SSER adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016 bertujuan menjalankan dua projek berasingan iaitu Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TGPP) yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016, lapor Harian Metro.
"Kontrak kedua-dua projek ini diberikan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.
"Setakat ini, sebanyak RM8.25 bilion atau 88 peratus daripada keseluruhan nilai projek sudah dibayar kepada CPPB walaupun hanya 13 peratus kemajuan projek direkodkan," katanya di sidang media di Kementerian Kewangan hari ini (5 Jun).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.