Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Satu lagi kejadian tembakan di Thailand; beberapa hari selepas kejadian tembakan beramai-ramai Korat

Puluhan das tembakan dilaporkan dilepaskan oleh seorang lelaki dekat sebuah universiti di pusat Bangkok pada pagi Jumaat (14 Feb), kurang seminggu selepas seorang lelaki bersenjata membunuh 29 orang di wilayah Nakhon Ratchasima.

Anggaran Waktu Membaca:
Satu lagi kejadian tembakan di Thailand; beberapa hari selepas kejadian tembakan beramai-ramai Korat

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 04:30PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 04:32PM

BANGKOK: Puluhan das tembakan dilaporkan dilepaskan oleh seorang lelaki dekat sebuah universiti di pusat Bangkok pada pagi Jumaat (14 Feb), kurang seminggu selepas seorang lelaki bersenjata membunuh 29 orang di wilayah Nakhon Ratchasima.

Lelaki itu kemudian dikenal pasti sebagai Ekkachai Jareuksilpa, 44 tahun. Dia melepaskan tembakan di luar bangunan komersil di lorong Chula Soi 10 di daerah Pathumwan, dekat Universiti Chulalongkorn.

Ekkachai ditangkap pada kira-kira pukul 11 pagi (waktu tempatan) setelah berbalas tembakan selama beberapa jam dengan para pegawai polis.

Dia dilaporkan melepaskan tembakan ke beberapa arah berbeza. Tiada kecederaan, menurut Ketua Biro Polis Metropolitan, Phukphong Phongpetra.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca serangan tembakan itu.

Meskipun tiada korban jiwa berlaku, insiden itu mencetuskan kebimbangan dia mungkin tiru tembakan beramai-ramai di Korat, bahagian timur laut wilayah Nakhon Ratchasima.

Dalam kejadian pada 8 Feb lalu, seorang askar menembak mati 29 orang dan mencederakan 58 yang lain dalam kejadian tembakan di sebuah kediaman swasta, pangkalan tentera, kuil Buddha dan pusat beli-belah.

Mangsa paling muda ialah seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan