Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Satu daripada kebakaran 'mega' di Australia kini terkawal

Para pegawai bomba di Australia pada Isnin (13 Jan) berjaya mengawal salah satu kebakaran belukar yang besar di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Satu daripada kebakaran 'mega' di Australia kini terkawal

Kereta dan pokok-pokok terbakar di Australia (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 10:54PM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 10:58PM

SYDNEY: Para pegawai bomba di Australia pada Isnin (13 Jan) berjaya mengawal salah satu kebakaran belukar yang besar di negara itu.

Keadaan cuaca yang lembab juga terus membantu operasi memadamkan kebakaran belukar.

Krisis itu yang bermula pada September lalu telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 28 orang serta memusnahkan lebih 2,000 rumah dan kawasan seluas 8 juta hektar.

Kebakaran di kawasan Gunung Gospers di pinggir barat laut bandar Sydney ini sudah berlarutan hampir tiga bulan.

Ia memusnahkan kawasan seluas lebih 800,000 hektar, lebih besar daripada saiz negara Austria.

Walaupun kebakarannya sudah dapat dikawal, puluhan lagi kebakaran masih marak.

Bagaimanapun keadaan dijangka bertambah baik kerana hujan diramal turun tidak lama lagi.

Kerajaan Australia pula juga memperuntukkan $34 juta bagi membantu menyelamatkan haiwan-haiwan liar.

Separuh dana tersebut akan disalurkan bagi merawat haiwan-haiwan yang cedera dalam kebakaran itu. Separuh lagi akan digunakan bagi usaha pelestarian haiwan.

Di New South Wales, usaha sedang dilakukan untuk menyelamatkan haiwan wallaby. Para pegawai menghantar makanan kepada jenis haiwan yang terancam pupus itu.

Kesan politik ekoran krisis kebakaran belukar sekarang turut dirasakan.

Tinjauan pendapat yang dikeluarkan hari ini menunjukkan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menjunam. Beliau dikritik kerana lambat memberikan respons yang wajar terhadap krisis tersebut.

Tinjauan itu menunjukkan lebih daripada separuh rakyat Australia tidak puas hati dengan tindakan PM Morrison.  

Sumber : Agensi berita/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan