Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sarjana Islam, Tariq Ramadan tidak dibenarkan ikat jamin

Sarjana Islam, Tariq Ramadan, tidak dibenarkan ikat jamin di Perancis, empat hari setelah beliau ditahan reman atas dakwaan merogol.

Anggaran Waktu Membaca:
Sarjana Islam, Tariq Ramadan tidak dibenarkan ikat jamin

Gambar fail Tariq Ramadan. (Gambar: REUTERS/Stephane Mahe/File Photo)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 12:21AM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 12:25AM

PARIS: Sarjana Islam, Tariq Ramadan, tidak dibenarkan ikat jamin di Perancis, empat hari setelah beliau ditahan reman atas dakwaan merogol.

Demikian menurut sumber-sumber mahkamah pada Selasa (6 Feb).

Dua wanita Muslim menuduh Tariq Ramadan, seorang profesor berusia 55 tahun di Universiti Oxford, merogol mereka.

Tariq Ramadan merupakan cucu kepada pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Pada hujung tahun lalu, wanita-wanita berkenaan mendedahkan insiden gangguan dan serangan seksual itu sebagai sebahagian daripada kempen 'Me Too' dan 'Balance Ton Porc' (Dedahkan Babi Anda) yang dimulakan terhadap hartawan Hollywood, Harvey Weinstein.

Tariq Ramadan, yang mengambil cuti kerja dari Oxford mulai bulan November lalu setelah timbul tuduhan-tuduhan itu, adalah individu paling berprofil tinggi yang ditahan di Perancis sejak kempen tersebut bermula.

Bapa empat orang anak itu menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau, sambil berkata beliau adalah mangsa kempen untuk mencemarkan nama baiknya.

Tariq Ramadan ditahan di Paris untuk disoal siasat selama dua hari sebelum didakwa dan terus ditahan pada Jumaat (2 Feb).

Penahanan beliau itu menggemparkan bagi masyarakat Muslim di Perancis.

Seorang aktivis feminisme, Henda Ayari, yang sebelum ini mengamalkan Islam ultra konservatif mendakwa Tariq Ramadan merogol beliau di Paris pada tahun 2012.

Seorang lagi wanita Muallaf kurang upaya, berusia 40 tahun, yang dipanggil Christelle pula mendakwa Tariq Ramadan merogol dan memukulnya di bandar tenggara, Lyon pada 2009.

Tariq Ramadan disoal siasat di depan kedua-dua wanita berkenaan pada minggu lalu. Peguam Tariq Ramadan menyatakan kedua-dua wanita bersekongkol untuk mencemarkan nama baik sarjana Islam itu.

Satu sumber yang dekat dengan siasatan yang sedang dijalankan itu memberitahu AFP, dua lagi wanita sudah tampil membuat keterangan terhadap Tariq Ramadan dan mungkin memfailkan aduan rasmi.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan