Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sarjan tentera didakwa biak nyamuk Aedes di rumahnya

Seorang anggota tentera berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini (11 Jan) atas pertuduhan membiakkan dan memberi perlindungan kepada nyamuk aedes di kawasan rumahnya di kuarters tentera, tiga tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Sarjan tentera didakwa biak nyamuk Aedes di rumahnya

Gambar fail nyamuk Aedes. (Gambar: Andre Penner/AP)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 05:02PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 05:04PM

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini (11 Jan) atas pertuduhan membiakkan dan memberi perlindungan kepada nyamuk aedes di kawasan rumahnya di kuarters tentera, tiga tahun lalu.

Norkamarulzaman Suid, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan membiak serangga pembawa penyakit, iaitu larva nyamuk aedes egypti, di dalam bekas plastik di kawasan rumah di Kem Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek di Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi, 13 September 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 13(1) dan dibaca bersama Seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. Dia dihukum di bawah Seksyen 23(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 (S$3,300) atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Shumizan Siron, manakala Norkamarulzaman tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan