Images
  • msia cruise passenger checks
    (Gambar: Facebook)

Saringan kesihatan penumpang kapal pesiaran dipertingkat di pelabuhan M'sia

MALAYSIA: Malaysia mempertingkatkan saringan kesihatan untuk semua penumpang kapal pesiaran yang singgah di pelabuhan-pelabuhannya.

Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke mengatakan mesin-mesin pengimbas yang baru dipasang di semua pelabuhan untuk menyaring semua penumpang yang baru tiba.

Menurutnya, kapal-kapal pesiaran biasanya singgah di Malaysia untuk sehari dua.

Kesihatan para penumpang sudah disaring sebelum mereka dibenarkan berlepas.

Oleh demikian, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan penularan virus COVID-19.

Kira-kira 350,000 penumpang pesiaran singgah di Malaysia setiap tahun dan waktu paling sibuk biasanya dari bulan Oktober hingga Mei.

Pihak berkuasa pelabuhan menyatakan tiada pembatalan ekoran penularan COVID-19 yang diterima sejauh ini.

- CNA/RR/ha

Top