Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saranan PRU disegerakan demi rakyat, bukan parti, tegas Timbalan Presiden UMNO

Saranan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan bukanlah untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka, sebaliknya bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat mandat rakyat, kata Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Saranan PRU disegerakan demi rakyat, bukan parti, tegas Timbalan Presiden UMNO

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 23 Nov 2021 08:52AM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 08:55AM

SEREMBAN: Saranan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan bukanlah untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat mandat rakyat.

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata ini sekali gus bagi memberikan keyakinan kepada banyak pihak termasuk pelabur asing bersandarkan kepada kestabilan kerajaan dan politik semasa.

"Janganlah pula anggap bila saya kata buat PRU sebab kita baru menang pilihan raya (Melaka), tapi ini sebab kita nak pulangkan mandat kepada rakyat. Demokrasi ialah mandat rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 peringkat Negeri Sembilan pada Isnin malam (22 Nov).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan petang tadi bahawa PAS tidak akan mengambil sikap tergopoh-gapah meminta supaya PRU15 diadakan segera selain menyatakan PRU15 ditentukan Jemaah Kabinet dan bukannya parti politik.

Semalam, Encik Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Rantau dilaporkan sebagai berkata bahawa adalah wajar PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan