Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sarah Sanders lepas jawatan jurucakap Rumah Putih

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Sarah Sanders akan melepaskan jawatannya sebagai Jurucakap Rumah Putih pada akhir bulan ini selepas menjalankan tugas itu selama tiga setengah tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Sarah Sanders lepas jawatan jurucakap Rumah Putih

Sarah Sanders akan melepaskan jawatannya sebagai Jurucakap Rumah Putih pada akhir Jun 2019. (Gambar fail: Saul Loeb/AFP)

Diterbitkan : 14 Jun 2019 06:04PM Dikemas Kini : 14 Jun 2019 06:12PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Sarah Sanders akan melepaskan jawatannya sebagai Jurucakap Rumah Putih pada akhir bulan ini selepas menjalankan tugas itu selama tiga setengah tahun.

Seorang yang tegas, wanita berusia 36 tahun itu dibidas Persatuan Para Wartawan Rumah Putih kerana menghentikan taklimat harian.

Seorang yang amat setia kepada Presiden Trump, Cik Sanders sering menyifatkan gelagat para wartawan seperti perangai tiga anak kecilnya.

Beliau menganggap tugasnya selaku Jurucakap Rumah Putih sebagai "satu penghormatan sepanjang hayat".

Namun, Cik Sanders juga berkata beliau tidak sabar untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anaknya.

Presiden Trump pula berharap Cik Sanders akan bertanding bagi jawatan Gabenor Arkansas yang pernah disandang ayahnya, Mike Huckabee.

Buat masa ini, belum diketahui siapakan yang akan mengambil alih jawatan Cik Sanders.

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan