Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sara Netanyahu dihukum salah guna dana pemerintah

Isteri Perdana Menteri Israel Sara Netanyahu, dijatuhi hukuman denda sekitar AS$15,000 (S$20,600) selepas mengaku menyalah gunakan dana pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
Sara Netanyahu dihukum salah guna dana pemerintah

Cik Sara Netanyahu (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 07:18PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 07:20PM

BAITULMAKDIS: Isteri Perdana Menteri Israel Sara Netanyahu, dijatuhi hukuman denda sekitar AS$15,000 (S$20,600) selepas mengaku menyalah gunakan dana pemerintah.

Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman tersebut selepas Cik Netanyahu memeterai perjanjian dengan pihak pendakwa, bagi satu hukuman lebih ringan.

Cik Netanyahu memohon supaya denda itu dilunaskan secara ansuran.

Kes tersebut melibatkan tindakan menyalah gunakan AS$100,000 (S$37,000) dana awam bagi jamuan-jamuan mewah di rumah PM Israel.

Pihak pendakwa dilapor telah menggugurkan tuduhan menipu.

Pada 2016, Cik Netanyahu juga dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh mendera seorang pekerja pembersihan yang mendapat pampasan sekitar AS$47,000 (S$64,400)

Suaminya, PM Netanyahu juga akan menghadapi beberapa tuduhan rasuah dan menipu dalam bulan-bulan mendatang.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan