Santa luncur air sempena Krismas di Washington
Santa, Grinch dan beberapa watak Krismas yang lain seperti rusa kutub "berkunjung" ke Sungai Potomac di Washington D.C bagi menyertai sukan air.
WASHINGTON: Santa, Grinch dan beberapa watak Krismas yang lain seperti rusa kutub "berkunjung" ke Sungai Potomac di Washington D.C bagi menyertai sukan air.
Acara tahunan menjelang Krismas itu diadakan sejak 1986. Ia menarik peminat dari semua lapisan masyarakat untuk melihat Santa meluncur air.
Dalam persembahan selama 45 minit, Grinch dan rusa kutub turut berjaya menghiburkan para penonton dengan aksi dan gelagat mereka sambil menunggang jet ski.
"Kami datang dari Boston. Kami medapat tahu tentang acara ini lantas kami terus ke sini dari Boston untuk menontonnya dan ia sangat berbaloi. Ia acara yang baik dan saya dapat bertemu dengan Santa," kata salah seorang penonton, Bob Diramio.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.