Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Samsung dedah Galaxy Note 9; dilengkapi S Pen dengan hubungan Bluetooth

Diberi jolokan sebagai "telefon bijak paling berkuasa" Galaxy Note 9 dilengkapi S Pen dengan hubungan bluetooth

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Aug 2018 06:35PM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 12:34AM

AMERIKA SYARIKAT: Syarikat Samsung mendedahkan telefon bijak terbarunya, Galaxy Note 9, di New York, Amerika Syarikat.

Produk terbaru syarikat Korea Selatan itu diharap dapat mengatasi kelembapan penjualan telefon bijak S9 dan menghentikan kejatuhan kedudukannya dalam pasaran.

Diberi jolokan sebagai "telefon bijak paling berkuasa" Galaxy Note 9 dilengkapi S Pen dengan hubungan bluetooth.

Ia bermakna S Pen itu boleh digunakan untuk mengambil gambar, main video atau alat bagi mengawal 'powerpoint'.

Layar skrin telefon Note 9 juga lebih besar, tempoh hayat bateri lebih lama dan ada sofwe yang memberi amaran jika ada sesiapa yang mengelip mata. Turut diumumkan, jam Galaxy Watch yang baru. 

Sumber : CNA/AA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan