Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor ditangguhkan

Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Mac ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Anggaran Waktu Membaca:
Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor ditangguhkan

Sultan Ibrahim Iskandar. (Gambar: Johor State Government)

Diterbitkan : 13 Feb 2018 04:06PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 04:17PM

JOHOR BAHRU: Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Mac ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata penangguhan itu bagaimanapun tidak menjejas hari cuti umum pada hari tersebut.

“Jumaah Majlis Diraja menjunjung titah Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenaan  sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi baginda pada Jumaat, 23 Mac 2018 ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Bagaimanapun, hari lepasan am pada 23 Mac dikekalkan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini (13 Feb).


 

Sumber : Bernama/IM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan