Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Salah seorang penyerang dua masjid Christchurch warga Australia, dedah PM Australia

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengesahkan lelaki bersenjata yang membunuh ramai jemaah di dua masjid di New Zealand hari ini adalah pelampau sayap kanan dengan kewarganegaraan Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Salah seorang penyerang dua masjid Christchurch warga Australia, dedah PM Australia

PM Australia. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Mar 2019 03:48PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 03:53PM

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengesahkan lelaki bersenjata yang membunuh ramai jemaah di dua masjid di New Zealand hari ini adalah pelampau sayap kanan dengan kewarganegaraan Australia.

"Kami berdiri di sini dan mengutuk, sama sekali serangan yang berlaku hari ini oleh seorang pelampau, sayap kanan, pengganas kejam," kata Encik Morrison dalam satu sidang akhbar.

Beliau mengesahkan laporan media bahawa insiden tembakan rambang di Christchurch itu dilakukan ‘seorang pelampau, sayap kanan, pengganas kejam’ yang juga seorang warga negara kelahiran Australia.

Encik Morrison berkata pihak berkuasa keselamatan Australia sedang menyiasat sebarang hubungan antara negara dan serangan itu, tetapi enggan memberi butiran lanjut mengenai lelaki bersenjata Australia itu.

Dengan penuh emosi beliau menyuarakan simpati kepada rakyat New Zealand.

"Kita bukan sahaja sekutu, kita bukan sekadar rakan kongsi, kita juga adalah keluarga," kata beliau.

Polis New Zealand menyatakan mereka menahan tiga lelaki dan seorang wanita selepas serangan ke atas dua masjid di Christchurch, tetapi tidak memberikan identiti mereka.

"Ini adalah satu peringatan yang menyedihkan dan dahsyat dari kejahatan yang boleh berlaku kepada kita," kata Encik Morrison tentang serangan itu. 

Sumber : AFP/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan