Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Salah petik ceramah Dr Zakir undang ketegangan kaum, kata Pemuda Pakatan Harapan

Tindakan beberapa pemimpin politik yang memetik sedutan ceramah pendakwah terkenal Dr Zakir Naik di luar konteks dapat menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum di Malaysia, menurut Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Putrajaya, Adi Ikmal Isa.

Anggaran Waktu Membaca:
Salah petik ceramah Dr Zakir undang ketegangan kaum, kata Pemuda Pakatan Harapan

Dr Zakir Naik. (Gambar: Malay Mail Online)

Diterbitkan : 17 Aug 2019 05:38PM Dikemas Kini : 17 Aug 2019 05:45PM

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa pemimpin politik yang memetik sedutan ceramah pendakwah terkenal Dr Zakir Naik di luar konteks dapat menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum di Malaysia.

Demikian menurut Ketua Angkatan Muda Keailan (AMK) Putrajaya merangkap Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Putrajaya, Adi Ikmal Isa.

Beliau berkata ini sekali gus satu langkah tidak bertanggungjawab daripada pemimpin berkenaan yang berpotensi mencetuskan ketegangan dalam suasana harmoni yang dikecapi rakyat Malaysia setakat ini, menurut laporan Astro Awani.

“Atas sebab itu kita membuat laporan polis terhadap pemimpin politik yang telah menyebabkan keresahan dan kemarahan orang ramai terhadap Zakir dan juga agama Islam serta menjadikan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia menjadi tegang.

“Kita menyeru siasatan dijalankan secara segera dan adil demi keharmonian negara dan tindakan tegas hendaklah diambil dengan kadar yang segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu, seperti ditukil Astro Awani.

Pada Jumaat, satu laporan polis dibuat Pemuda Pakatan Harapan Putrajaya di balai polis daerah berkenaan.

Pada 13 Ogos lalu, Menteri Sumber Manusia, Encik M Kula Segaran didakwa mengeluarkan kenyataan media bertajuk 'Zakir Naik's presence in Malaysia is embarassing to all Malaysians’ atau 'Kehadiran Zakir Naik di Malaysia memalukan bagi semua rakyat Malaysia'.

Kenyataan itu didakwa diterbitkan beberapa penerbitan media dan portal berita pada tarikh yang sama.

DEBAT SECARA TERBUKA

Dalam pada itu, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Dr Zakir dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy berdebat secara terbuka dalam isu berbangkit.

Bagaimanapun, menurut Astro Awani, Dr Ramasamy meletakkan syarat untuknya berdebat dengan Dr Zakir.

Pada Jumaat, Dr Zakir dilaporkan membuat laporan polis di sebuah Balai Polis di Shah Alam mengenai isu berkenaan.

Sumber : Agensi berita/IM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan