Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saksikan perlawanan Perancis-Croatia di Okto Mediacorp 11.00 malam ini

England berpeluang menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. Tetapi percubaan Eric Dier diselamatkan oleh pemain pertahanan Belgium Toby Alderweireld.

Anggaran Waktu Membaca:
Saksikan perlawanan Perancis-Croatia di Okto Mediacorp 11.00 malam ini
Diterbitkan : 15 Jul 2018 06:59PM Dikemas Kini : 15 Jul 2018 07:05PM

MOSKO: Kejohanan bola sepak Piala Dunia menutup tirainya lewat malam ini dengan pasukan Perancis berdepan dengan Croatia dalam perlawanan akhir di Mosko.

Perancis kali terakhir beraksi di peringkat akhir pada 2006, tetapi tewas di tangan Itali dengan tendangan penalti.

Croatia pula mahu mencatat sejarah menjulang Piala Dunia buat pertama kalinya malam ini.

Anda boleh menyaksikan perlawanan akhir secara langsung bermula 11.00 malam ini di saluran Okto Mediacorp.

Sementara itu Belgium mengakhiri kempen Piala Dunia dengan bergaya selepas menewaskan England 2-0 dalam perlawanan merebut tempat ketiga.

Thomas Meunier membuka tirai jaringan se awal minit ke empat.

England berpeluang menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. Tetapi percubaan Eric Dier diselamatkan oleh pemain pertahanan Belgium Toby Alderweireld.

Pasukan Belgium mengukuhkan kedudukannya dengan gol kedua oleh Eden Hazard pada minit ke-82.

Walaupun hanya pulang dengan pingat gangsa, Belgium tetap berbangga kerana berjaya mencatatkan prestasi terbaik dalam gelanggang Piala Dunia. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan