Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saksikan gerhana penuh kali kedua pada 28 Julai ini

Menurut Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan, fasa gerhana penuh ini akan berlangsung selama 1 jam 42 minit 57 saat.

Anggaran Waktu Membaca:
Saksikan gerhana penuh kali kedua pada 28 Julai ini

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Jul 2018 10:33PM Dikemas Kini : 17 Jul 2018 10:38PM

KUALA LUMPUR: Penduduk di Australia, Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh buat kali kedua untuk tahun ini. Demikian menurut Astro Awani.

Fenomena gerhana bulan penuh ini yang juga akan kelihatan di Malaysia akan bermula pada 1.14 pagi hingga 7.28 pagi pada 28 Julai ini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan, fasa gerhana penuh ini akan berlangsung selama 1 jam 42 minit 57 saat.

“Ia sekali gus menjadikan tempoh paling lama bagi abad ke-21 (2001 - 2100). Tempoh paling lama bagi gerhana bulan penuh boleh berlaku adalah selama 1 jam 47 minit.

“Gerhana bulan penuh yang berlaku pada 28 Julai ini boleh dilihat dari mana-mana kawasan di Malaysia bergantung kepada cuaca setempat.

“Bagaimanapun, tidak semua tempat di negara ini dapat melihat keseluruhan fasa-fasa gerhana yang berlaku kerana bulan terbenam lebih awal sebelum fasa-fasa tertentu berakhir,” katanya.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi, dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra Bumi, lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, Observatori Negara Langkawi, akan mengadakan aktiviti pencerapan bagi orang awam untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh ini secara lebih dekat.

Menurut Astro Awani, kali terakhir fenomena gerhana penuh berlaku pada 31 Januari lepas dan keseluruhan fenomena itu berakhir pada jam 12.08 tengah malam pada 1 Februari.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan