Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saintis Malaysia sebahagian pasukan sebalik gambar 'black hole' pertama

Saintis Malaysia, Kevin Koay Jun Yi, ialah salah seorang anggota pasukan kerjasama antarabangsa di sebalik kejayaan menghasilkan gambar pertama lohong hitam.

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis Malaysia sebahagian pasukan sebalik gambar 'black hole' pertama

Saintis Malaysia Kevin Koay Jun Yi (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 11 Apr 2019 05:24PM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 05:31PM

KUALA LUMPUR: Imej pertama sebuah lohong hitam didedahkan pada Rabu (10 Apr) oleh para ahli astronomi dan disebut-sebut sebagai "kejayaan teknikal luar biasa".

Saintis Malaysia, Kevin Koay Jun Yi, ialah salah seorang anggota pasukan kerjasama antarabangsa di sebalik kejayaan tersebut.

Menurut laporan Star2, Encik Koay terlibat dalam projek tersebut selepas menyertai Institut Acedemia Sinia bagi Astronomi dan Astrofizika pada hujung 2016.

"Saya dijemput untuk menyertai pasukan teropong Greenland dan EHT berdasarkan latar belakang saya dan pengalaman saya dalam bidang astronomi radio. Tentu sekali, projek ini terlalu menarik untuk saya tolak!" beliau memberitahu Star2 dalam satu wawancara menerusi emel.

Daripada sekitar 200 anggota kerjasama antarabangsa itu, Encik Koay merupakan antara 20 orang pertama yang melihat gambar-gambar lohong hitam itu.

"Saya juga sebahagian daripada pasukan pemrosesan dan pengimejan, oleh itu saya sangat terlibat dalam memroses, mengesahkan dan memeriksa data dan menukarnya menjadi imej," menurut saintis asal Pulau Pinang, 37 tahun itu.

"Masih banyak lagi untuk dipelajari dan diperbaiki, seperti penggunaan teropong baru seperti teropong Greenland untuk mendapatkan mutu gambar lebih baik," kata Encik Koay.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan