Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saima Mohsin wanita Muslim pertama jadi peguam besar wilayah AS

Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan sejarah tercipta apabila seorang wanita berketurunan Amerika-Pakistan bakal menjadi wanita Muslim pertama menyandang jawatan sebagai peguam besar wilayah di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Saima Mohsin wanita Muslim pertama jadi peguam besar wilayah AS

Saima Mohsin (Gambar: Pejabat Peguam Besar Wilayah Michigan)

Diterbitkan : 27 Jan 2021 08:10AM Dikemas Kini : 27 Jan 2021 08:18AM

MICHIGAN: Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan sejarah tercipta apabila seorang wanita berketurunan Amerika-Pakistan bakal menjadi wanita Muslim pertama menyandang jawatan sebagai peguam besar wilayah di negara itu.

Menurut laporan akhbar terbesar di Michigan, The Detroit Free Press, Saima Mohsin, 52 tahun, akan menggantikan Matthew Schneider di daerah Detroit, Michigan, dan bakal memulakan tugasnya pada 2 Februari.

Mengikut Perlembagaan Amerika Syarikat, peguam besar wilayah juga merupakan ketua penguatkuasaan undang-undang Persekutuan di kawasan mereka dan turut terlibat dalam proses litigasi yang membabitkan pemerintah Amerika Syarikat.

Presiden mempunyai kuasa untuk melantik peguam sedemikian di setiap 94 kawasan daerah Persekutuan Amerika Syarikat.

Schneider, yang telah berkhidmat selama tiga tahun di Michigan, selain mengumumkan persaraannya pada Khamis, turut memberitahu media bahawa Mohsin, yang ketika ini penolong pertama peguam besar untuk daerah timur Michigan, akan menggantikannya.

Dilahirkan di Pakistan, Mohsin menjadi Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih sedekad dan mula berkhidmat di Pejabat Peguam AS sejak 2002.

“Sebagai seorang Muslim yang datang dari benua Asia, beliau akan membawa kepelbagaian dalam kedudukan yang cukup penting, iaitu Ketua Penguat Kuasa Persekutuan di bahagian timur wilayah ini,” menurut akhbar itu lagi.

Pelantikan Mohsin bagaimanapun perlu disahkan Dewan Senat terlebih dahulu sebelum boleh menyandang jawatan itu secara kekal.

Sumber : Agensi berita/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan