Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saham Netflix jatuh; jumlah pelanggan kurang daripada jangkaan

Jumlah anggotanya meningkat kepada 130 juta, namun ini kurang sejuta daripada ramalan Netflix.

Anggaran Waktu Membaca:
Saham Netflix jatuh; jumlah pelanggan kurang daripada jangkaan

(Gambar fail: AFP/Ryan Anson)

Diterbitkan : 17 Jul 2018 02:33PM Dikemas Kini : 17 Jul 2018 02:35PM

SAN FRANCISCO: Saham Netflix mengalami kejatuhan semalam (16 Jul) setelah khidmat penstriman televisyen utama itu menyatakan, pertumbuhan jumlah pelanggan kurang menepati jangkaan pada suku yang baru berakhir.

Jumlah anggotanya pada suku itu meningkat dari 5.2 juta kepada 130 juta, sejajar dengan tempoh sama tahun lalu. Namun jumlah itu kurang sejuta daripada ramalan Netflix, menurut surat edaran yang mendedahkan perangkaan pendapatannya.

Saham Netflix jatuh 14.11% kepada S$468.18 pada akhir dagangan. Ini satu rintangan bagi syarikat itu yang beroperasi di 190 pasaran seluruh dunia.

"Kami mengalami suku kedua yang kukuh tetapi bukanlah begitu hebat," menurut Netflix dalam suratnya kepada para pemegang saham. "Pendapatan, keuntungan dan hasil semuanya seperti yang diramalkan dan adalah lebih tinggi dari tahun sebelumnya."

Syarikat yang berpangkalan di Silicon Valley itu menyatakan bahawa ia mula "mengorak langkah dari segi artistik" dalam beberapa kategori dengan kandungan aslinya, meraih cukup pencalonan Emmy tahun ini untuk memecah rekod 17 tahun HBO sebagai syarikat yang menerima jumlah pencalonan tertinggi.

Netflix menyatakan ia mendapat keuntungan S$522 juta berdasarkan hasil S$5.3 bilion pada suku terbaru ini, berbanding pendapatan bersih S$89 juta berdasarkan hasil S$3.8 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Persaingan di pasaran penstriman televisyen termasuk dari YouTube, Alphabet, Disney dan AT&T.

Netflix membelanjakan berbilion dolar untuk kandungan asli, menyokong filem atau rancangan televisyen daripada para pencipta pelbagai negara dan budaya sedang ia berusaha meluaskan khidmatnya.

"Kami terus berusaha mempertingkat produksi asli bukan Inggeris kami," kata Netflix dalam suratnya.

"Cerita-cerita asli kami yang bersifat antarabangsa boleh menjadi penting untuk negara-negara dan rantau-rantau tertentu dan ia juga mendapat sambutan baik di luar pasaran tempatan."

Netflix menambah bahawa meskipun lebih fokus diberikan kepada watak superhero dan cerita-cerita susulan dalam industri filem tradisional, khidmat berdasarkan permintaan ini boleh memenuhi citarasa yang pelbagai.

Sumber : AFP/KN/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan