Images
  • white rabbit
    Gula-gula 'White Rabbit' yang diimport dari China. (Gambar: Bernama)

Sah! Tidak halal, gula-gula White Rabbit ada DNA babi, lembu: menteri Malaysia

SINGAPURA: Contoh gula-gula popular White Rabbit yang dihantar ke makmal untuk ujian didapati mengandungi DNA babi dan lembu, dedah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Malaysia Fuziah Salleh pada Rabu (11 Sep).

Kudapan berperisa susu itu adalah produk dari China dan tidak mendapat pensijiilan halal oleh pihak berkuasa Malaysia, tambah beliau.

"Berdasarkan (siasatan), DNA babi dan lembu yang dianalisis menunjukkan keputusan positif," kata menteri itu. "Kami mengesyaki bahawa antara ramuan yang digunakan dalam gula-gula White Rabbit mungkin mengandungi gelatin yang tidak halal."

Persoalan berhubung status halal gula-gula itu muncul kembali di media sosial baru-baru ini, setelah Kementerian Ehwal Agama Brunei mengumumkan pada 18 Mei bahawa ujian yang dijalankan Divisyen Kawalan Makanan Halal mengesan protin babi dalam sampel gula-gula itu.

Pada Rabu, Cik Fuziah berkata label bagi gula-gula White Rabbit yang dijual di Malaysia tidak menjelaskan jenis gelatin yang digunakan.

"Label berkenaan tidak menyatakan dengan khusus jenis gelatin dan sumber haiwan dalam ramuan," tambah beliau. Cik Fauziah turut berkata beliau akan memaklumkan kementerian kesihatan dan penguasa agama negeri untuk memastikan makanan dilabel dengan sewajarnya.

Beliau menekankan pembeli Muslim perlu memastikan barangan yang mereka makan adalah halal.

"Itu tanggungjawab pembeli," kata beliau.

LAPORAN BERKAITAN:

- CNA/TQ/tq

Top